BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

4.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka





1. Pengasas kerajaan Melaka
·      Parameswara mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400.



2. Kedatangan Parameswara
> Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaaan Majapahit tela menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang

> Penguasaan ini ditentang oleh raja Palembang dan puteranya,Parameswara

> Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembangdaripada Majapahit tetapi gagal.

> Parameswara telah berundur ke Temasik dan disambut baik oleh Temagi.

> Temasik ketika itu berada di bawah naungan Siam.

> Kedudukan Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara berusaha menjadi pemerintah Temasik dan membunuh Temagi.

> Kerajaan Siam ingin menuntut beta dan Majapahit cuba menakluki Temasik menyebabkan Parameswara dan pengikutnya meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar.

> Selepas menetap di Muar, Parameswara meneruskan perjalanannya melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke Utara.

> Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli.

> Sebab Melaka dipilih sebagai sebuah kerajaan
a) Kedudukannya berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.
b)  Mudah mendapat bekalan air bersih
c)   Bentuk muka bumi yang berbukit-bakau menjadi panduan kepada pelayar dan memudahkan pembesar Melaka mengawal keselamatan di Selat Melaka.
d)  Terdapat pokok bakau dan api-api yang menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.
e)   Muara sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun yang boleh 
    mengganggu kegiatan perdagangan.