BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

4.2 Asal Usul Nama Melaka



 NAMA POKOK MELAKA


  • Menurut Sejarah Melayu, peristiwa berlaku semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka.
  • Parameswara melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya. Parameswara menganggapnya peristiwa luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.
  • Parameswara memilih tempat itu untuk mendirikan kerajaan dan menamakannya Melaka sempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat.


MITOS HINDU


  • Pokok Melaka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai Amalaka.
  • Menurut mitos Hindu, Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di dunia dan dikaitkan dengan tempat tinggal tuhan agama Hindu, iaitu Brahma, Vishnu, dan Shiva. 
  • Buahnya dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

ISTILAH ARAB


  • Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama Mulagah yang bermaksud pertemuan dan Malakat, iaitu perhimpunan segala dagang.