BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

4.4 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka




SISTEM PEMERINTAHAN YANG TERATU
  • Melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri
  • Melantik 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja
  • Mewujudkan jawatan biduanda kecil yang bertugas mambawa alat-alat kebesaran diraja


KEMUDAHAN DI PELABUHAN




  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti bekalan air bersih dan makanan, tempat membaiki kapal, tenaga kerja dan penginapan untuk pedagang.


HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam untuk mengelakkan Melaka daripada serangan Siam dan mengiktiraf kedaulatan Melaka
  • Hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan kerajaan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka diikuti Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Kerajaan China mengiktiraf kedaulatan Melaka dengan mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian.
  • Hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan China telah menyebabkan kerajaan Majapahit dan Siam tidak berani mengancam dan menyerang Melaka

BANTUAN ORANG LAUT
  • Orang Laut mempunyai ciri kepahlawanan serta mahir tentang keadaan Selat Melaka
  • Mereka juga taat setia kepada raja dan telah ditugaskan menjaga keselamatan perairan Melaka.
  • Orang Laut membekalkan hasil laut untuk diperdagangkan di Melaka.



IKATAN KONSEP DAULAT


  • Semangat sedia berkorban dan menghargai pemimpin yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka telah membantu Parameswara mcmajukan dan membangunkan Melaka sehingga mcnjadi sebuah kerajaan yang kuat dan dihormati.
  • Setiap rakyat Melaka memainkan peranan masing-masing untuk membangunkan Melaka.
  • Orang Asli membekalkan hasil hutan dan Orang Laut membekalkan hasil laut untuk diperdagangkan. Orang Laut juga bertugas menjaga perairan Melaka daripada ancaman musuh.
  • Orang Melayu membantu raja dalam pentadbiran dan memegang jawatan sebagai pembesar atau orang suruhan raja di istana.


 .............................................